Wednesday, September 2, 2009

hari pertama

hari pertama dimulakan tanpa ada apa-apa yang menarik untuk dimulakan..cuti selama tiga hari lepas ku rasa umpama menjamah segelas air kosong sahaja. sangat singkat dan membosankan. cuma cerita kemenangan kelab kegemaran aku Man.Utd mengalahkan Arsenal sahaja yang menjadi topik yang tak pandai putus-putus.

siang hari ini jadualku padat bersama tilam bercadarkan kain kapas putih sahaja. Malam tadi tidak dapat melelapkan mata sampai matahari mengejutkan aku melalui jandela bilikku. Kalau lah Jaring tiada di sini..entah bagaimana aku hendak menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai mahasiswa malam disini.

Sesudah 31 Ogos berakhir hari ini. Barulah aku sedar. Tahun ini sangat sepi dan suram dalam menyambut hari bersejarah itu. Rakyat Malaysia umpama tidur!! mengapa???

Apa pun, hidup perlu diteruskan. Satu masalah selesai. Pasti yang baru akan muncul dihadapan.

UKm. 1 sept'09

No comments:

Post a Comment