Tuesday, September 8, 2009

keliru..


setelah empat hari beristerihat..baru ketika ini dapat membuka kembali ruangan ini. Wahh..nampaknya sudah ada banyak teman baru yang mengunjungi ruangan ini. Terima Kasih.
Aku mulai melihat-lihat anda..siapakah gerangan anda..
Aduhh.....
mengapa mereka boleh dan aku tidak pernah terfikirkan seperti ini??
Aku masih keliru..hidupku terlalu ringkas untuk diperkatakan..
dalam 4 hari yang lalu..seolah-olah tiada apa yang menarik untuk diceritakan..
kosong
Bagaimana lagi aku ingin mencari hala tuju ruangan aku ini??
masih keliru....pening...
Siapakah kau yang sebenarnya yang memiliki gelaran si "Hang Tuah"??
pernahkah engkau merasa keliru seperti ini??

Wednesday, September 2, 2009

hari kedua

Diari terus dihidupkan. Hari yang sangat meletihkan. Kuliah selama 4 jam bukan satu masalah. Tetapi mungkin penyakit malas ini yang melemaskan. Semangat dan tumpuan untuk membentang yang sepatutnya berlangsung secara langsung lewat petang tadi punah. Kecundang oleh keputusan Yang Dihormati si pensyarah muda ahli sejarah. Api kepanasan dan tekanan berubah menjadi sakit sendi yang melemahkan tubuh badan. Dan tilam putih juga yang menjadi vaksin utama. Minggu depan..kembalikan semangat itu.

2 sept'09

hari pertama

hari pertama dimulakan tanpa ada apa-apa yang menarik untuk dimulakan..cuti selama tiga hari lepas ku rasa umpama menjamah segelas air kosong sahaja. sangat singkat dan membosankan. cuma cerita kemenangan kelab kegemaran aku Man.Utd mengalahkan Arsenal sahaja yang menjadi topik yang tak pandai putus-putus.

siang hari ini jadualku padat bersama tilam bercadarkan kain kapas putih sahaja. Malam tadi tidak dapat melelapkan mata sampai matahari mengejutkan aku melalui jandela bilikku. Kalau lah Jaring tiada di sini..entah bagaimana aku hendak menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai mahasiswa malam disini.

Sesudah 31 Ogos berakhir hari ini. Barulah aku sedar. Tahun ini sangat sepi dan suram dalam menyambut hari bersejarah itu. Rakyat Malaysia umpama tidur!! mengapa???

Apa pun, hidup perlu diteruskan. Satu masalah selesai. Pasti yang baru akan muncul dihadapan.

UKm. 1 sept'09